Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Sulaiman Yassin Tampar David Teo Depan Najib di TN50

Suasana Dialog Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan bersama Perdana Menteri Najib Razak malam semalam bertukar tegang apabila pelakon komedi Sulaiman Yassin secara tiba-tiba mengasari penerbit filem David Teo.

Kejadian itu berlaku ketika penerbit itu cuba bertanyakan soalan kepada perdana menteri, sebelum pelawak yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Over meluru ke arah Teo dan menamparnya.

Kekecohan itu berlaku di depan perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor. Teo sebelum itu menyatakan pandangannya supaya moderator dialog yang juga pelakon Rosyam Noor tidak hanya membuka soalan kepada ahli seni yang duduk di barisan depan, dan tidak mengetepikan peserta di barisan belakang.

Bagaimanapun, Rosyam berjaya menenangkan keadaan dan pada akhir majlis, beliau meminta Teo dan Mat Over tampil ke pentas dan saling bermaafan.


Ulasan

Catatan Popular