Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Harga Gula Pasir Naik Lagi?

Ya, harga gula pasir di Malaysia telah naik lagi pada harga RM2.95 sekilo berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 (semalam). Sebelum ni harga gula pasir ialah RM2.84 sekilo, jadi telah naik sebanyak 11 sen.


Setiap kali fenomena kenaikan barangan keperluan seperti tepung gandum, beras ataupun gula pasir, maka peniaga2 yang meniaga makanan akan menaikkan sekali harga makanan mereka. Contohnya gula pasir telah naik 11 sen sekilo, maka mereka akan naik bagi setiap gelas minuman anggaran sebanyak 10-30 sen. Kenaikan harga gula pasir pada 11 sen sekilo, tetapi mereka naik anggaran sebanyak 10-30 sen segelas!! Soalan saya, adakah setiap gelas minuman kena tambah setengah kilo gula pasir ataupun sekilo?? Selalunya cam ni, setiap kali kenaikan harga barangan tertentu, maka harga barang lain akan naik mendadak.

Inflasi di Malaysia semakin tinggi, tetapi nisbah purata pendapatan bulanan penduduk Malaysia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang kian meningkat. Fenomena orang yang kaya akan bertambah kaya dan orang yang miskin akan bertambah miskin akan terjadi apabila inflasi semakin tinggi.


Ulasan

Catatan Popular