Sabtu, 31 Mac 2012

Pompuan Curang!

Semalam ketika i tengah minum ngan memberku di sebuah gerai Melayu kat Sunpower, tiba2 i ternampak seorang pompuan Melayu jiranku bersama seorang jantan Melayu di sebuah gerai lain. Bukan suaminya, dia ternampak i jugak, tapi buat2 tak tau.

Xsangka pompuan yang sudah menjadi mak kepada 3 orang anak tu pun boleh berlaku curang jugak!! Suaminya i kenal rapat, selalu setiap pagi apabila dia dan i gi kerja terserempak, dia akan angkat tangan. Suaminya baik orangnya, memang xsangka isterinya curang terhadapnya.

Jantan yang bersama pompuan tu i rasa seorang askar, sebab i nilai melalui rambut, warna kulit dan gayanya. Xsangka pompuan tu suka jantan sedemikian.

I ngan memberku terpikir2 semalam, apa sebab pompuan tu curang huh? Sebab suaminya xbaik? Atau terlalu baik? Atau suaminya xdapat memenuhi nafsunya? Haha, itu cuma jangkaan i. Kalau korang, apa sebab agaknya?

Jumaat, 16 Mac 2012

Filem John Carter Of Mars

Semalam gi tengok wayang John Carter kat GSC cinema di Aeon Jusco Melaka bersama member2ku.
Ceta ni boleh tahan best jugak, tapi aksi perlawanannya agak kurang. Maksud i yang fight2 tu xbanyak. Ceta ni ada sedikit merupai ceta Avatar. Rupa-rupanya filem ni diterbitkan oleh Colin Wilson iaitu penerbit filem Avatar beberapa tahun yang lepas.

Filem ini dibintangi oleh Taylor Kitsch dan Lynn Collins. Memang padan sekali mereka berdua, kacak dan cantik belaka!!
 Berapa panjang masa ceta ni?? Hmm...agak panjang jugak, lebih kurang 2 jam. 

Malas nak ulas ceta ni la. Sebab kalau i ceta pasal filem, i akan ceta dari mula sampai habis!! Panjanglah blog entry i ni. Kalau korang nak tau kandungan ceta ni, gi lah pawagam tengok.

Markah yang diberikan oleh i kepada filem John Carter ini adalah 7 daripada 10. Kalau filem ni dimuat dengan aksi2 sensasi seperti Transformer, i mungkin rate filem ni 9/10. Tapi sayangnya xbanyak aksi2 lawan. Amat mendukacitakan.

Selasa, 13 Mac 2012

Rabun Warna Terhadap Semua Jenis Bangsa Lagu

Sebagai seorang Rakyat Cina Malaysia, selain daripada minat lagu Cina, i jugak minat lagu Melayu, English, Indonesia, Hindustan, Korean, Japanese dan sebagainya. Apabila i sudah cinta sesebuah lagu tu, i xkira itu lagu bahasa apa pun!! Cinta i terhadap sesebuah lagu tu adalah ibarat rabun warna!!

I masih ingat lagi sejak zaman persekolahan, sekolah rendah kot, i dah start menonton ceta Hindustan. Kalau korang jugak menonton ceta Hindustan dari dulu lagi, tentu korang tau ceta Hindustan dulu2 banyak yang tentang dewa ular dan xtau naper i sgt syok menontonya dulu. Masa tu, Shah Rukh Khan, Salman Khan, Hitrik Roshan, Kareena Kapoor, Kajol dan Rani Murkejee belum lagi masuk dalam industri perfileman ni. Ceta Hindustan yang i paling suka i rasa adalah ceta Kuch Kuch Hota Hai. Ceta tu memang best la dan telah menyentuh hatiku. Of course ada byk lagi ceta2 yang best2, tapi ceta ini adalah the best among the best.

Lol, ceta pasal film pulak!! Nampaknya sudah lari tajuk. Okay back to the topic, actually i nak blog tentang sebuah lagu dari Indonesia yang i dah lama minat semenjak 5-6 tahun yang lalu, iaitu lagu " Tiada Lagi"dari Mayang Sari.



Suka sangat lagu ni!! Melodinya sedap. Lirik Lagunya jugak amat bermakna. Entah bagaimana setiap kali mendengar lagu ni, otak i tiba2 terpikir banyak benda. Banyangan2nya....itu..Hai... :(

Ahad, 11 Mac 2012

Dah Lama Tak Update....

10 September 2010 sehingga kini dah lebih setahun dah i xde update blog ini. Dah bertumbuh sarang labah-labah!!

Setiap kali i nak update blog ni, terasa pulak malas dan tak berdaya untuk bernaip. Korang pun tau kan i ada blog English jugak? So kalau korang nak update apa yg i bikin lately, korang boleh gi blog  shun2u.com  , k?

I berjanji bermula dari bulan ini, i akan sentiasa update blog ini. Pastikan korang sentiasa melayari blog ni tau. Bye!