Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Percutian Ke Medan, Sumatera

Nampaknya dah lama i x update blog CIMB ini. Sebab i terlalu busy dan xdapat fokus kepada dua blog. So selalunya i akan terabai blog ini.

Untuk pengetahuan anda, i baru balik dari Medan, Sumatera dua minggu yang lalu. Percutian saya ke sana memang membenarkan saya nampak pelbagai barangan yang i tidak pernah nampak di M'sia.

Medan ini merupakan bandar yang terbesar di Sumatera, tetapi i masih rasa nya merupakan bandar yang mundur. Di mana jalannya memang teruk dan tiada perbandaran yang sistematik.

Di sana juga, banyak rumah-rumah kampung yang dibina menggunakan daun kelapa. Persekitaran kampung tersebut memang teruk terutamanya kebersihan di perkitaran penempatan mereka.

Perbelanjaan di Medan memang mahal sekali, terutamanya cos pengangkutan mereka. Barang-barang yang dijual di sana juga lebih mahal daripada M'sia. So lawatan i ke sana tidak membeli apa-apa.

Walaupun demikian, tapi di Sumatera memang kaya dengan flora dan fauna.
Gambar orang utan ni ditangkap di Bkt. Lawang ,Sumatera.

 Ini adalah tasik Toba. Tasik Toba merupakan tasik yang terbesar di dunia. Tasik ini merupakan destinasi utama di Sumatera.

Jika anda adalah pencinta alam, memang sesuai sekali anda boleh pergi ke Sumatera. Sebab sana memang kaya dengan flora dan fauna. Jangan lupa bawa kamera anda pulak!!

Ulasan

Catatan Popular