Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Pencuri Siang Hari!

Kes-kes jenayah seperti pencurian, penipuan, kes rogol dan rompakan kat Malaysia kian meruncing! Semalam pagi, dalam perjalanan i nak gi Shah Alam, i singgah kat R.R Seremban untuk berehat sementara. I dengan rakan i gi tandas dan minum pagi kejap kat R.R Seremban tu dan kami cuma ambil masa yang singkat, lebih kurang 15 minit. Bila kami balik ke keta, rakan i dapati laptopnya telah hilang!

Setelah diperiksa, kami mendapati keta kami telah dipecah masuk dan pencuri telah mengambil laptop rakan i. Pencuri tu memang berani dan profesional giler lah! Sebab per berani? Sebab R.R Seremban begitu ramai orang yang ulang-alik, tetapi dia tetap berani melakukannya. Pencuri tu dikatakan profesional sebab dia tidak pecah cermin keta i untuk ambil laptop rakan i dan dari luar memang xperasan keta i telah dipecah masuk. Lagi satu, bagaimana dia tau keta i ada laptop?? Sememangnya pencuri tu ada alat pengesan elektronik dan dapat mengesan keta i ada laptop. Rakan i simpan laptop dia kat bawah kerusi, kalau pandang dari luar, memang sukar dapat dilihat.

Yang paling i menyirap adalah, begitu ramai orang yang berulang-alik kat R.R Seremban, kenapa pulak tak der seorang pun yang nampak pencuri tu? Korang percaya tak? Memang xmasuk akal!! I percaya mesti ada orang yang nampak, tapi buat-buat tak tau ataupun ingat keta tu adalah pencuri punya. Cis! Begitu kah sikap rakyat Malaysia ni? Tiada sifat tolong-menolong dan semangat untuk mencegah kes jenayah ni! Memang sakit hati bila tengok rakyat Malaysia yang tiada sifat tolong-menolong ni! Kecewa gila lah! Kalao takut pun, minta lah pertolongan orang lain. Ini, buat-buat xtahu, sebab bukan keta dia!

Kalao bagi korang, korang akan tolong atau minta tolong tak?

Ulasan

Catatan Popular