Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

Hidung Tinggi

Aku cukup geram dengan orang yang hidung tinggi. Bahkan mereka ni menguasai dunia ini dan semua orang di bawah dia. Yang paling i tak tahan adalah orang yang tidak mengetahui sesuatu benda tu, tapi dia buat-buat tahu! Cakap bukan main kuat dan yakin diri, padahal dia adalah langsung xtahu.

I pernah menemui seorang yang cukup sombong. Dia ni berasal dari Melaka jugak. Tapi perangai dia bukan main teruk! Cukup sombong! I kenal dia masa i belajar kat universiti, tapi i xrapat dengan dia lah. (Siapa nak kawan dengan orang macam ni? Sombong gila!) Kenapa pulak i cakap dia ni sombong gila? I bukan nak fitnah sesuka hati, kata orang fitnah tu adalah lebih berdosa dari membunuh. So, i xkan buat begitu. Memang xdapat dinafikan bahawa dia ni memang kaya, masa di campus, mula-mula i memang agak rapat dengan dia, sebab dia ni jugak berasal dari Melaka. Tapi lama kelamaan, i sudah xboleh tahan perangai & sikap ego dan sombong dia yang amat kuat! Dia ni suka memuja diri (muja gila lah!) dan suka memijak orang. Selalu marah orang bodoh , banggang dan sebagainya. Padahal dia ni xbijak langsung. Selalu memberi kenyataan yang xbenar dan anggap kenyataan dia adalah betul belaka! Cukup menyirap tengok dia! Masa belajar kat U, dia memang xramai kawan. Siapa nak kawan dengan orang macam ni??!!

Setiap manusia ada kelebihannya sendiri. Sedangkan i kenal seorang yang mengalami masalah mental dan IQ dia hampir 50, tapi, i rasa dia tidak bodoh. Kalau korang buli dia, dia tau. Dan dia akan memberitahu maknya bahawa korang telah buli dia.

Adakah anda pernah menemui orang yang amat sombong? Sila share2 la.

Ulasan

Catatan Popular