Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Bunian itu Jin

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya? Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok. “Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita. “Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah. “Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. A

TENTANG Saya

Sebenarnya dah lama saya hendak menulis blog dalam Bahasa Melayu, tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian. So hari ni akhirnya i dah created satu blog yg berbahasa Melayu. haha..Best man!

Saya telah menulis blog sejak akhir tahun 2007. Saya masih ingat lagi masa tu, ramai kawan yang mengejek saya, sebab mereka rasa saya tidak akan tekad menulis blog dan hanya hangat-hangat tahi ayam! Tapi, i dah prove kepada mereka bahawa i dah menulis blog selama 2 tahun! Ya, dua tahun. Dua tahun tu, nak kata panjang tak panjang, tapi i rasa dah panjang tu.

U orang mesti pelik kan, kenapa i menulis blog dalam Bahasa Melayu, padahal i bukan org Melayu. Haha..Kitakan satu Malaysia, Bahasa Melayu jugak Bahasa Malaysia, so kita harus menggunakannya sentiasa.

Okay, nak tau i berasal dari mana?? haha, semestinya negeri yang indah, bersejarah dan penduduk-penduduknya gagah semacam Hang Tuah. Tau tak? Jawapannya: MELAKA lo..I amat suka Melaka. Sebab Melaka ni special, lain daripada yg lain! Must visit oh!

Nak tau umur i? Sori la. Umur ni i pantang org tanya i. Sebab kalau i beritahu pun, xde org yang percaya. Percayalah! Pengalaman saya, kalau i bagi sepuluh orang teka, mungkin hanya seorang saja yang berjaya teka dengan betul. Sebenarnya i bukan nak rahsia umur i macam pompuan, tapi kalau i beritahu pun, xde org percaya, buat pe i nak beritahu kan? Betul?

Sori la, cik adik , abang kakak, pakcik makcik dan datuk nenek, kalau i tersalah tulis ataupun post i mungkin menyinggung perasaan anda semua, di sini saya hendak meminta maaf dulu. Sebab kadang-kala ayat-ayat yang digunakan oleh saya mungkin kasar sikit. Sori yer!

So, i harap anda boleh menyokong saya. Sentiasalah melayari blog saya dan jgn lupa tinggalkan koment anda yang berharga tu. TERIMA KASIH!!!

Ulasan

Catatan Popular