Sabtu, 26 Disember 2009

Apa Yang Terjadi Terhadap Tiger Woods Ni?

Alamak! Kenapa pulak muka Tiger Woods lebam cam ni??! Kena pukul oleh isterinya, Elin ker? Haha. Kalao ya pun, memang padan muka Woods ni. Sikap playboy dia tu memang patut terima hukuman cam ni.

Walaoeh! Bukan main banyak scandal Tiger Woods ni!

Kalao korang perasan, dia cuma scandal dengan wanita berkulit puteh saja dan tiada seorang pun berkulit hitam yang berscandal dengannya. Even isterinya pun oran puteh. Adakah dia tidak suka pompuan berkulit hitam??? Pelik. Memang pelik.

Apakah pandangan anda terhadap Tiger Woods ni?

Sabtu, 12 Disember 2009

Transeksual Malaysia : Fazdil Min Bahari (Fatine)

Fazdil Min Bahari atau nama gelarannya Fatine merupakan transeksual warga Malaysia dan berita mengenainya kini hangat diperkatakan.

Fazdil Min Bahari, lahir sebagai lelaki dan telah bertukar jantina sebagai seorang wanita dan kini Fatine telah berkahwin dengan mat salleh di London. Mengikut kenyataan Fatine, dia berkata, dia takut untuk pulang ke Malaysia sebab dia terima pelbagai kutukan & negatif komen dari rakyat Malaysia dan ahli keluarganya.

Fatine telah mengambil hormon wanita sejak berumur 17 tahun

Disebabkan Kuasa cinta , Fatine telah memutuskan hubungan dengan ahli keluarganya.

Apakah pandangan korang dengan Fatine ni?

Manfaat Minum Kopi

Sejak zaman persekolahan lagi, i telah tertagih dengan minuman kopi. Boleh dikatakan tiap-tiap hari i minum kopi. Rakan-rakan i selalu menasihat saya supaya jangan kerap sangat minum kopi ni sebab kopi ni terdapat kandungan dadah.

Fakta kopi terdapat kandungan kafein memang dah lama i tau sejak sekolah rendah lagi. Tapi i tertagih dengan minuman kopi ni sejak dari sekolah menengah hingga sekarang. Tapi i ada control lah, tiap-tiap hari i minum tidak lebih dari 3 gelas.

Selain daripada apa i kita ketahui kopi tu mengandungi Kafein, apa lagi kandungan yang terdapat dalam kopi ni? Eh, kalau nak kata nama saintifik, i tak erti, tapi i pernah membaca artikel yang mendakwa bahawa kopi mengandungi sejenis kandungan yang dapat mencegah penyakit kanser! Kalao korang kerap minum arak ataupun hisap rokok, sentiasalah minum kopi ni untuk mencegah penyakit kanser daripada menjangkiti korang.

Tiger Woods

Kalao korang ada mengikuti berita terkini ataupun korang peminat golf, korang mesti tau kan siapa tu Tiger Woods? Tiger Woods merupakan seorang pemain golf antarabangsa yang terkenal dan kini beliau bukan sahaja terkenal sebagai pemain golf, tetapi beliau jugak dibarat artis yang terkenal buat masa kini.

Pelbagai berita sebelum ni melaporkan bahawa beliau telah curang terhadap isterinya tetapi ri ni beliau telah mengaku sendiri dan kata beliau dia berasa insaf dan rasa serba salah terhadap isteri & anak-anaknya. Pelbagai bukti telah menunjukkan bahawa Tiger Woods sebenarnya adalah PLAY BOY dan beliau telah didakwa gemar mengunjungi rumah-rumah pelancur!

Manis sungguh bini Tiger Woods ni, xfaham kenapa Tiger sanggup curang terhadap isterinya??!

Khamis, 10 Disember 2009

Pencuri Siang Hari!

Kes-kes jenayah seperti pencurian, penipuan, kes rogol dan rompakan kat Malaysia kian meruncing! Semalam pagi, dalam perjalanan i nak gi Shah Alam, i singgah kat R.R Seremban untuk berehat sementara. I dengan rakan i gi tandas dan minum pagi kejap kat R.R Seremban tu dan kami cuma ambil masa yang singkat, lebih kurang 15 minit. Bila kami balik ke keta, rakan i dapati laptopnya telah hilang!

Setelah diperiksa, kami mendapati keta kami telah dipecah masuk dan pencuri telah mengambil laptop rakan i. Pencuri tu memang berani dan profesional giler lah! Sebab per berani? Sebab R.R Seremban begitu ramai orang yang ulang-alik, tetapi dia tetap berani melakukannya. Pencuri tu dikatakan profesional sebab dia tidak pecah cermin keta i untuk ambil laptop rakan i dan dari luar memang xperasan keta i telah dipecah masuk. Lagi satu, bagaimana dia tau keta i ada laptop?? Sememangnya pencuri tu ada alat pengesan elektronik dan dapat mengesan keta i ada laptop. Rakan i simpan laptop dia kat bawah kerusi, kalau pandang dari luar, memang sukar dapat dilihat.

Yang paling i menyirap adalah, begitu ramai orang yang berulang-alik kat R.R Seremban, kenapa pulak tak der seorang pun yang nampak pencuri tu? Korang percaya tak? Memang xmasuk akal!! I percaya mesti ada orang yang nampak, tapi buat-buat tak tau ataupun ingat keta tu adalah pencuri punya. Cis! Begitu kah sikap rakyat Malaysia ni? Tiada sifat tolong-menolong dan semangat untuk mencegah kes jenayah ni! Memang sakit hati bila tengok rakyat Malaysia yang tiada sifat tolong-menolong ni! Kecewa gila lah! Kalao takut pun, minta lah pertolongan orang lain. Ini, buat-buat xtahu, sebab bukan keta dia!

Kalao bagi korang, korang akan tolong atau minta tolong tak?

Sabtu, 5 Disember 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong Tersebar Luas

Memang isu ini bukan isu yang terbaru, tetapi ia masih hangat diperkatakan. Adakah gambar bogel Elizabeth Wong yang terpapar di internet merupakan gambar yang betul ataupun di sebaliknya? Siapakah yang begitu dengki & dendam terhadap Elizabeth Wong dari ADUN PKR , Bukit Lanjan, Selangor ni?
Kalao korang masih tidak tau lagi, actually gambar bogel Elizabeth Wong yang tersebar luas di internet adalah gambar palsu! Korang jangan percaya sangat! Sebab gambar semua tu adalah hasil daripada "Photoshopping". Memang mudah untuk melakukannya. Kalao korang nak i tolong photoshop gambar korang menjadi porn star, boleh, i boleh tolong buat tanpa bayaran!


Adakah korang percaya gambar di atas tu adalah Elizabeth Wong? Oh tidak! Hanya orang yang naif saja percaya gambar tu adalah ori! Nasihat i kepada korang, Korang jangan percaya sangat gambar-gambar internet ni, kebanyakannya bohong belaka. Percaya lah.. :D

Salam Takziah Kepada Umaga


Jika korang ada selalu tengok WWE, korang mesti tau kan Umaga tu siapa? Harap maklum lah bahawa Umaga tu telah meninggal dunia pada Jumaat 04 Dec 2009 ri tu. Salam takziah & selamat jalan diucapkan kepada Umaga!

Ninja Assassin


Hari ni i gi tengok cerita NINJA kat MBO Melaka, syok man ceta tu. Korang mesti kena tengok sebab ceta tu best la. (Kalao korang suka ceta aksi)

Sebelum i gi tengok ceta tu ri ni, ada rakan yang menyatakan bahawa ceta tu xbest. Tapi i xpeduli, i gi tengok jugak. Lepas tengok, okay per. Best jugak ceta tu. Itulah sebab i suka dengar ceta orang, especially berkaitan dengan movie review ni. Sebab setiap orang ada taste-tastenya yang tersendiri. Korang mungkin xsuka, tidak semestinya orang lain jugak xsuka. Begitu jugak dengan ceta 2012, ramai yang menyatakan ceta ni tak best, tapi bagi i, ceta tu boleh tahan jugak, taklah seteruk mana yang diceritakan oleh orang lain.

Hero utama dalam ceta Ninja Assassin ni adalah Rain. Yang lain sori la i xkenal. Ceta ni banyak aksi-aksi sensasi, so korang kalao belum tengok, mesti tengok k. I xmenerima apa-apa tawaran untuk mempromosikan ceta ni, tapi cuma syorkan kepada korang. Ceta lanjut tentang Ninja Assassin ni, i rasa i tidak akan menceritakan kat sini. Biarlah korang gi tengok sendiri. Lepas tu, berilah koment kat sini, k?Di bawah adalah movie trailernya.

Khamis, 3 Disember 2009

Dunia Kiamat Pada Tahun 2012?

Korang dah tengok film 2012 ker belum? Kalao korang dah tengok, tentu korang tau bagaimana dunia kiamat pada tahun 2012 kan? So adakah dunia akan kiamat pada tarikh 21 Dec 2012? Sebenarnya dunia akan kiamat pada tahun 2012 bukanlah suatu perkara yang mustahil! Ia mungkin berlaku. i amat suka film 2012 ni, sebab ia memberi kesedaran kepada semua penduduk dunia bahawa bumi akan musnah jika kita masih tidak lagi peka tentang isu ini dan masih tidak jaga "kesihatan" bumi. Apabila bumi sudah sakit, contohnya kesan rumah hijau, maka ais-ais di kutub selatan dan utara akan melebur dan air di permukaan bumi akan meningkat, maka terjadilah banjir kilat di seluruh dunia.

Memang ada ahli tafsiran mendakwa bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2012, tetapi ia cuma adalah tafsiran sahaja. So korang jangan takut sangat. I percaya, kalao kita semua jaga bumi dengan baik-baik, kebarangkalian untuk dunia kiamat pada tahun 2012 adalah amat rendah.

I selalu mengejek rakan-rakan i, "oi, dunia sudah mau kiamat lah, so xpayah susah payah penat-penat kerja cari duit, must enjoy ur life! Pergi melancong! Habiskan harta benda dan duit korang pada penghujung tahun 2011." Haha, korang jangan pulak ikut cakap i. Kalao tafsiran tu xbetul, maka korang akan jadi muflis! Jangan salahkan i.

Rabu, 2 Disember 2009

Kenapa Nak Bunuh Diri?

Bisa orang yang bunuh diri adalah orang yang menghadapi pelbagai masalah dalam hidupnya dan masalahnya tidak dapat diselesaikan. Dalam tanggapan saya, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.Buat apa bodoh sangat gi bunuh diri? Tapi i paham jugak, kadang-kala apabila seseorang menghadapi pelbagai masalah, fikirannya akan menjadi runsing dan ada SUATU kuasa ajaib yang akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. Kuasa syaitan kut.

Bila korang menghadapi masalah yang mungkin korang tidak dapat diselesaikan, cuba beritahu ahli keluarga korang ataupun kawan karib korang. Jangan diamkan diri. Percayalah cakap saya, NOTHING IS IMPOSSBILE. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya tersendiri. Ataupun kalao korang bosan sangat dan menghadapi masalah, cuba beritahu i. Mungkin i blh tolong. Hehe..Tolong dengar!

Hidung Tinggi

Aku cukup geram dengan orang yang hidung tinggi. Bahkan mereka ni menguasai dunia ini dan semua orang di bawah dia. Yang paling i tak tahan adalah orang yang tidak mengetahui sesuatu benda tu, tapi dia buat-buat tahu! Cakap bukan main kuat dan yakin diri, padahal dia adalah langsung xtahu.

I pernah menemui seorang yang cukup sombong. Dia ni berasal dari Melaka jugak. Tapi perangai dia bukan main teruk! Cukup sombong! I kenal dia masa i belajar kat universiti, tapi i xrapat dengan dia lah. (Siapa nak kawan dengan orang macam ni? Sombong gila!) Kenapa pulak i cakap dia ni sombong gila? I bukan nak fitnah sesuka hati, kata orang fitnah tu adalah lebih berdosa dari membunuh. So, i xkan buat begitu. Memang xdapat dinafikan bahawa dia ni memang kaya, masa di campus, mula-mula i memang agak rapat dengan dia, sebab dia ni jugak berasal dari Melaka. Tapi lama kelamaan, i sudah xboleh tahan perangai & sikap ego dan sombong dia yang amat kuat! Dia ni suka memuja diri (muja gila lah!) dan suka memijak orang. Selalu marah orang bodoh , banggang dan sebagainya. Padahal dia ni xbijak langsung. Selalu memberi kenyataan yang xbenar dan anggap kenyataan dia adalah betul belaka! Cukup menyirap tengok dia! Masa belajar kat U, dia memang xramai kawan. Siapa nak kawan dengan orang macam ni??!!

Setiap manusia ada kelebihannya sendiri. Sedangkan i kenal seorang yang mengalami masalah mental dan IQ dia hampir 50, tapi, i rasa dia tidak bodoh. Kalau korang buli dia, dia tau. Dan dia akan memberitahu maknya bahawa korang telah buli dia.

Adakah anda pernah menemui orang yang amat sombong? Sila share2 la.

Selasa, 1 Disember 2009

Puki Mak?

Kalau hang orang Malaysia, hang mesti tau kan maksud puki mak ni??

Sebenarnya, i paling pantang orang marah puki mak ni! xtau la, tapi bagi i, perkataan tu memang kasar sekali. Ia Seakan-akan macam marah mak sendiri. Xtau la korang masa nak marah dengan menggunakan perkataan ni, korang ada pikir tak ia adalah marah mak sendiri??Kalau korang ada pikir, korang xkan sebut lagi perkataan tu lagi.

Mungkin ada orang xpaham maksud puki tu, tapi i percaya kebarangkalian untuk yang xpaham adalah rendah. Sebenarnya puki tu maksud PANTAT! So korang paham kan?


Actually kita sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan budaya yang baik, sama ada pertuturan atau perlakuan. Pertuturan yang baik memberikan imej yg baik kepada orang lain terhadap kita. I bukan nak mengajar korang, kalau korang xsuka, boleh xdengar. I xpaksa. Cuma nak memberitahu sebelum marah menggunakan perkataan tu, pikir dua kali dulu sebelum menggunakannya. Kerana ia adalah marah mak sendiri! Hormat la mak awak!

Isnin, 30 November 2009

TENTANG Saya

Sebenarnya dah lama saya hendak menulis blog dalam Bahasa Melayu, tetapi masa tidak mengizinkan saya untuk membuat demikian. So hari ni akhirnya i dah created satu blog yg berbahasa Melayu. haha..Best man!

Saya telah menulis blog sejak akhir tahun 2007. Saya masih ingat lagi masa tu, ramai kawan yang mengejek saya, sebab mereka rasa saya tidak akan tekad menulis blog dan hanya hangat-hangat tahi ayam! Tapi, i dah prove kepada mereka bahawa i dah menulis blog selama 2 tahun! Ya, dua tahun. Dua tahun tu, nak kata panjang tak panjang, tapi i rasa dah panjang tu.

U orang mesti pelik kan, kenapa i menulis blog dalam Bahasa Melayu, padahal i bukan org Melayu. Haha..Kitakan satu Malaysia, Bahasa Melayu jugak Bahasa Malaysia, so kita harus menggunakannya sentiasa.

Okay, nak tau i berasal dari mana?? haha, semestinya negeri yang indah, bersejarah dan penduduk-penduduknya gagah semacam Hang Tuah. Tau tak? Jawapannya: MELAKA lo..I amat suka Melaka. Sebab Melaka ni special, lain daripada yg lain! Must visit oh!

Nak tau umur i? Sori la. Umur ni i pantang org tanya i. Sebab kalau i beritahu pun, xde org yang percaya. Percayalah! Pengalaman saya, kalau i bagi sepuluh orang teka, mungkin hanya seorang saja yang berjaya teka dengan betul. Sebenarnya i bukan nak rahsia umur i macam pompuan, tapi kalau i beritahu pun, xde org percaya, buat pe i nak beritahu kan? Betul?

Sori la, cik adik , abang kakak, pakcik makcik dan datuk nenek, kalau i tersalah tulis ataupun post i mungkin menyinggung perasaan anda semua, di sini saya hendak meminta maaf dulu. Sebab kadang-kala ayat-ayat yang digunakan oleh saya mungkin kasar sikit. Sori yer!

So, i harap anda boleh menyokong saya. Sentiasalah melayari blog saya dan jgn lupa tinggalkan koment anda yang berharga tu. TERIMA KASIH!!!