Selasa, 7 Mac 2017

Instagram Bertukar Wajah Baru ?

Ri ni buka Instagram, dapati ia telah bertukar WAJAH BARU! Tgk gambar di bawah...


Diperbesarkan..
Biar betul begini rupanya Instagram? Ni macam logo Android Play Store jer.  I dah restarted, tapi tetap sama logonya. Adalah Instagram telah bertukar wajah baru? Hmmm...

Isnin, 6 Mac 2017

Pengawai Kedutaan Korea Utara Dilarang Keluar Dari Malaysia

Pemimpin Korea Utara : Kim Jo-Un
Hari ini Timbalan Perdana Menteri @ Timbalan Dalam Negeri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia melarang pengawai kedutaan Korea Utara yang berada di Malaysia keluar dari Malaysia berikutan daripada Korea Utara sekat pengawai kedutaan Malaysia yang berada di Korea Utara keluar dari Korea Utara sebelum ni.

Nampaknya ketegangan kedua-dua negara makin memuncak susulan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Jong-un.


Sabtu, 4 Mac 2017

Harga Petrol akan diumum Mingguan




Mulai bulan Apr iaitu bulan depan, kerajaan akan mengumumkan harga minyak petrol ron 95, ron 97 dan diesel pada tiap2 minggu. Bermaknanya sebelum ni harga minyak petrol yang diumumkan pada tiap2 bulan akan digantikan dengan setiap minggu. Penukaran ini disebabkan perubahan harga minyak sedunia dan kadar tukaran mata wang asing yang semakin tinggi dan tidak menentu.

Pada pendapat korang, adakah penukaran ni manfaat kepada kita atau sebaliknya?

Khamis, 2 Mac 2017

Harga Gula Pasir Naik Lagi?

Ya, harga gula pasir di Malaysia telah naik lagi pada harga RM2.95 sekilo berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 (semalam). Sebelum ni harga gula pasir ialah RM2.84 sekilo, jadi telah naik sebanyak 11 sen.


Setiap kali fenomena kenaikan barangan keperluan seperti tepung gandum, beras ataupun gula pasir, maka peniaga2 yang meniaga makanan akan menaikkan sekali harga makanan mereka. Contohnya gula pasir telah naik 11 sen sekilo, maka mereka akan naik bagi setiap gelas minuman anggaran sebanyak 10-30 sen. Kenaikan harga gula pasir pada 11 sen sekilo, tetapi mereka naik anggaran sebanyak 10-30 sen segelas!! Soalan saya, adakah setiap gelas minuman kena tambah setengah kilo gula pasir ataupun sekilo?? Selalunya cam ni, setiap kali kenaikan harga barangan tertentu, maka harga barang lain akan naik mendadak.

Inflasi di Malaysia semakin tinggi, tetapi nisbah purata pendapatan bulanan penduduk Malaysia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang kian meningkat. Fenomena orang yang kaya akan bertambah kaya dan orang yang miskin akan bertambah miskin akan terjadi apabila inflasi semakin tinggi.


Gas Saraf VX - Gas Paling Beracun di Dunia

Pembunuhan Kim Jo Nam sehingga ri ni sudah berlalu lebih dari 2 minggu. Sejak kematian Kim Jo Nam pada 13hb Februari bulan lepas di KLIA2 Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia, satu dunia heboh dengan berita ni. Daripada kes ni, seluruh dunia kenal apa tu gas saraf VX. Kalau korang masih x tau apa tu VX, mae abang cerita kan, hehe. Gas saraf VX  merupakan gas paling beracun di dunia ni yang boleh meragut nyawa seseorang dalam beberapa minit jer.

Seperti kes Kim Jo Nam, beliau meninggal dunia dalam masa 15-20 minit jer selepas terhidu gas beracun tu. Pembunuhan Kim Jo Nam hanya memakan masa kurang dari 3 saat sahaja. Pembunuh pompuan dari Indon & Vietnam tu, salah seorang menggunakan kain menutup mulut dan hidung Kim Jo Nam dan lagi seorang sapu mata beliau, masa yang diambil hanya 2 saat lebih jer!

Kesan VX ialah ia boleh menyebabkan sistem penafasan dan sistem saraf manusia terganggu. Pengambilan dos yang banyak boleh menyebabkan seseorang tu hilang penafasan dan kekejangan badan sehingga seseorang tu mati. Dahsyat kan? Sebenarnya pengkajian senjata kimia oleh Korea Utara dah lama wujud dan Gas Saraf VX merupakan salah satu bahan kajian Korea Utara juga.


Kim Jo-nam (foto: Facebook)

Apa yang i risau sekarang ialah... Adakah mungkin selepas kemunculan gas beracun VX ni akan datang semakin banyak "pembunuh" yang akan menggunakannya untuk melakukan pembunuhan? Pernahkah korang bayangkan kalau satu hari, Korea Utara menghasilkan satu "senjata VX" yang mungkin boleh membunuh beribu-ribu orang dengan serta merta tanpa pendarahan? Apabila masa tu tiba, maka dunia dah hampir kiamat dah i rasa.

Berikut adalah video pembunuhan Kim Jo Nam di KLIA2 Lapangan Terbang Malaysia, sekiranya korang masih belum tonton video tersebut, ini dia video di bawah.